PERBAHASAN AGUNG :-

1) ULUHIYYAH
2) NUBUWWAH
3) SAM'IYYAT
4) MUMKINAT

Thursday, May 9, 2019

Org berpuasa makruh
1.Menyentuh wangian atau benda yg wangi ,
2 .Menghidu benda yg wangi ,
3 . Melihat benda yg wangi seperti Bunga atau bunga rampai umpamanya ,
4 . Mendengar nyanyian.

©Lihat kitab SABILUL MUHTADIN seperti yang  ditunjukkan dbawah. Ia diambil drp kitab TUHFATUL MUHTAJ.
©Sama penjelasan dgn kitab SABILUL MUHTADIN .
©Tuhfatul Muhtaj adalah Kitab induk BESAR dalam mazhab ASY SYAFIEYY .
©Masa berpuasa jangan terlibat dgn benda wangian seperti BUNGA RAMPAI, hukumnya makruh .



Thursday, August 17, 2017

Pengra'iyan 4 Mazhab Muktabar

Perbezaan 4 Mazhab pada permasalahan Rukun Qauli wajid didengari atau tidak. Di dalam Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:


واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.


“Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hindawaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”


Wallahu a’lam.

Saturday, July 15, 2017

BAHAYA JIKA TERLEPAS PANDANG

ANASIR WAHABI DIDALAM JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR???

1.Difahamkan bahawa berlaku Soal Jawab Diantara Penceramah Ustaz Syed Rafi (Berfahaman Salafi)dengan Salah Seorang Jemaah Di Masjid Istiqamah Tmn Johor Jaya Pada 10 Julai 2017 Pada Kuliah Maghrib mengenai Hukum Kenduri Arwah dan Hukum Mengamalkan Hadis Dhaif dan difahamkan jawapan Ustaz tersebut adalah "TAQIYAH" atau menyembunyikan Hal Identiti Sebenar beliau yang berfahaman "SALAFI"

2.Difahamkan Juga berlaku pertengkaran Besar Diantara Jemaah yg bertanya dengan Anak Murid Ustaz Syed Rafi Tersebut dan menimbulkan Suasana yg tidak senang dikalangan Jemaah dan Ahli Kariah Masjid Istiqamah Tmn Johor Jaya

3.Difahamkan Juga Bahawa Ustaz Syed Rafi Tersebut mempunyai "TAULIAH MENGAJAR" yang dikeluarkan Oleh Jabatan Agama Islam Johor.

4.Bagaimanakah Ustaz Yang Berfahaman Wahabi dibenarkan Mengajar dan Adakah Panel Penemuduga Tauliah Mengajar Berfahaman Wahabi?

5.Adakah juga kekerapan pertukaran dalaman pegawai-pegawai di JAIJ didalangi Oleh Mereka yang mnjawat di JAIJ yang berfahaman Wahabi/Salafi?

6.Jikalau Ustaz2 Sebegini diteruskan dan dibenarkan mengajar diseluruh Masjid dan Surau Di dalam Negeri Johor,Maka Perpecahan Pergaduhan bakal berlaku didalam Jemaah Masjid

BEKAS PEGAWAI JAIJ

SELAMATKAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BUKAN WAHABI!!

Monday, July 10, 2017

Di antara Adab-adab Belajar

         


قال مصنف رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في دارين

(Dan sayugia) bagi penuntut ilmu itu bahawa mendengar ia akan bacaan ilmu dan hikmah itu dengan membesarkan dan memuliakan (kata) Mujahid, hikmah itu ialah Quran dan ilmu dan fiqh dan daripada Maqatil bahawasanya hikmah itu ditafsir akan dia pada Quran dengan empat wajah, satu, pengajaran² Quran kedua, yang pelik² daripada rahsianya ketiga, ilmu dan faham keempat, nubuwwah (dan adalah) disuruhkan yang demikian itu pada tiap-tiap kalinya dan jika mendengar ia akan masalah yang satu dan kalimah yang satu itu seribu kali sekalipun (dikatakan) siapa² yang tidak adalah membesarnya kemudian daripada seribu kali itu, seperti membesarnya pada kali yang pertamanya, maka bukan ia daripada ahli ilmu, lagi kerana bahawasanya ilmu itu dibesarkan dia dan dimuliakan dia pada sekelian kelakuan² dan sekelian waktu² tiada ada berlebih kurang diantara satu waktu dan waktu dan satu waktu yang lainnya (maka) siapa² yang taqsir ia pada membesarnya pada setengah² daripada ketikanya dan tiada membesar ia akan dia akan sehabis² membesarkan, maka iaitu bukan ia daripada ahli ilmu kerana bahawasanya mereka yang mendapat ia akan kesedapan ilmu dan mengetahui ia akan kadarnya dan martabatnya, nescaya tiada kuasa ia bahawa tiada membesar ia akan dia.

-Kitab Pelita Penuntut terjemah daripada  risalah Ta'limul Mutaa'llim Tariqat  Taa'llum.
-Muka surat 22, 17 baris daripada pihak  atas.
-Muhammad Syafi'e bin Abdullah bin  Muhammad bin Ahmad Lenggih Al  Fathani.
-Percetakan Bin Halabi Fathani Thailand.

Sunday, July 9, 2017

Kuliah maghrib malam ni di surau al muhtadin jalan masjid

(Maka inilah) tiga belas sifat serta segala lawannya dan segala dalilnya yang wajib kita ketahuikan dia atas jalan tafsil pada qaul yang rajih (iaitulah) qaul imam Asy'ari bersalahan bagi qaul qadhi dan imam Haramain bahawasa segala sifat yang wajib diketahui kan atas jalan tafsil itu dua puluh sifat dengan ditambahkan sifat ma'nawiyyah yang tujuh dan menjalani atasnya oleh Syaikh Sanusi didalam aqidahnya matan ummul barahin dan ini qaul ialah yang masyhur sekarang ini.

-KITAB FARIDATUL FARAID
‌-MUKA SURAT 14
‌-PERCETAKAN KHAZANAH FATHANIAH

Mencari bantuan

Bantulah tuan²..bagi yang berkemampuan, mudahan madrasah ini dapat lebih giat membantu dalam penyebaran Aqidah Nabi dan para Sahabat Nabi iaitu aqidah susunan Asya'irah dan Marudi...

Friday, December 30, 2011

Kepentingan dan kewajipan memastikan aqidah kita bertepatan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tujuan Asas blog ini diwujudkan dan ditulis adalah kerana untuk mengajak supaya sama-sama kita memeriksa apakah kepercayaan kita sekarang ini, atau adakah kita tidak pernah merasa pentingnya membetulkan aqidah kita selari dengan aqidah para Anbiya dan para Sahabat di samping memperkuatkan dan memperjelaskan aqidah dan kepercayaan khususnya nabi kita Rasulullah S.A.W, malah seluruh para Anbiya' dan juga aqidah sahabat-sahabat baginda yang mulia. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi tunjang dan penyebab ibadat seseorang hamba itu diterima, dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Objektif blog ini ditulis adalah supaya kita tidak merasa ragu-ragu, syak,zan dan waham apabila melakukan ibadat dan amal soleh lainnya mengikut mazhab kita iaitu Mazhab Imam Muhammad bin Idris Al Syafi'e kerana berdasarkan konsep " Rosaknya aqidah maka sia-sialah amalan yang dikerjakan ", antara objektif-objektif lainnya adalah supaya kita dapat mengetahui pecahan aqidah-aqidah yang lain yang telah tersasar daripada aqidah para nabi dan para sahabat ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ) sebagaimana sabdaan Nabi S.A.W ( lebih kurang melayunya ) bahawa umatku terpecah kepada 73 pecahan kepercayaan maka hanya satu sahaja yang selamat daripada kekal di dalam neraka iaitulah Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta dapat menghindarkan diri dan tanggungan kita daripada tergolong di dalamnya. Kita juga dapat mengenal dan memahami sejarah penyusun dan penyusunannya dan sebab-sebab ia menyusun aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah  ini.


 Perbahasan pertama  : - Sejarah penyusunan
                      aqidah AhlusSunnahWalJamaah secara ringkas.

Antara sebab lahirannya gerakan penyusunan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah untuk memurnikan aqidah umat islam yang telah diubah suai mengikut nafsu dan pemikiran yang datangnya dari Iblis La'natullah 'alaihi, ia berlaku apabila terjadinya  peristiwa perbalahan antara Imam Abu Hassan Al Asy'ari dengan Abu Ali Al Jubbai, seorang pemikir daripada firqah Muktazilah yang sesat, perlu diperingatkan apabila kita menyebut atau menggunakan perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dikehendaki dengannya adalah aqidahnya seluruh para nabi-nabi Allah dan aqidah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang disusun atur oleh Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi, maka selaian daripada ini bukanlah ia aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Penyusunnya adalah seorang ulama' yang bertahap mujtahid mutlak (yang memenuhi syarat dan layak berijtihad berdasar Al Quran dan Hadith) bernama Abu Hasan Ali bin Ismail Al Asy'ari. Digelar Al Asy'ari kerana datuknya yang ketujuh ialah Abu Musa Al Asy'ari R.A, Abu Hasan Al Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Ia tidak menghadiri majlis-majlis Ahli Fiqh dan Ahli Hadith melainkan ia menghabiskan masanya bersama-sama ustaznya sahaja iaitu Abu Ali Al Jubbai, kerana ia mempelajari ilmu aqidah atau tauhid daripadanya. Kerana inilah ia sudah tumbuh membesar diatas mazhab Muktazilah dan berguru dengan ketua ( Rais ) Muktazilah pada zamannya iaitu Abu Ali Al Jubbai. Oleh kerana Abu Hasan Al Asy'ari sangat fasih berhujjah, ia selalu mengambil tempat gurunya atau syaikhnya bagi berdebat atau berhujjah dengan penentang mazhab Muktazilah. Abu Ali Al Jubbai hanya pintar dan pandai didalam masalah karang mengarang sahaja,adapun tentang berdebat dan berhujjah ia adalah orang yang lemah untuk berhujjah.
Berkekalanlah Abu Hasan Al Asy'ari menganut mazhab Muktazilah selama 40 tahun sehinggalah  pada suatu hari ia telah bertanya akan gurunya tentang masalah dasar Muktazilah iaitu "Wajib Allah SWT melakukan yang baik dan terbaik bagi makhluk" dan lemah gurunya menjawab akan hujjah-hujjah yang dihadapkan kepadanya oleh Al Asy'ari tentang dasar Muktazilah itu, dan ia mulai merasakan yang dirinya mula cenderung kepada pandangan dan pendapat-pendapat Ahli-ahli Fiqh dan Ahli Hadith.
Maka ia duduk dirumahnya beberapa waktu dan ia mula membandingkan dalil-dalil diantara mazhab Muktazilah dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga jelas dasar mazhab mana yang hendak diikutnya dan di iklankannya.
Pada  hari jumaat, maka ia pun pergi ke masjid jami' di Basrah dan ia pun menaiki mimbar masjid dan ia pun berseru dengan sekuat-kuat suaranya "Wahai manusia ! barangsiapa telah kenal akan aku,maka memanglah ia telah kenal dan barangsiapa yang belum mengenali aku, maka aku akan perkenalkan diriku. Aku ialah Abu Hasan Ali bin  Ismail Al Asy'ari !. Pada mulanya aku berkata bahawa Al Quran itu makhluk,dan aku percaya bahawasanya segala perbuatan-perbuatan yang buruk itu aku yang melakukannya sendiri (iaitu bukan dengan kehendak Allah SWT), dan sekarang aku bertaubat dan aku melepaskan diriku dan aku berpaling dan menolak akan mazhab Muktazilah serta keluar dari kesalahan-kesalahan mereka. Wahai perhimpunan manusia ! hanya sesungguhnya aku menghilangkan diriku daripada kamu dalam beberapa waktu kerana aku membandingkan dan aku padankan (disuaikan) segala dalil-dalil supaya tidak berat sebelah segala dalil-dalil". Maka mulai dari hari itu ramailah yang mengikutnya, golongan yang mengikut Imam Abu Hasan Al Asy'ari digelar sebagai Asya'irah.
Seorang lagi Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah  bernama  Muhammad  bin Mahmud Abu Mansur Al Maturidi. Pengikut-pengikut Maturidi dipanggil Al Maturidiyyah. Ia dilahirkan dikampung dalam daerah Maturid, Samarqand pada kurun ke 3 Hijrah. Al Maturidi adalah keluaran dari madrasah Abu Mansur Al 'Iyadi. Kaum pengikut Maturidiyyah digolongkan pada tingkatan keempat daripada tingkatan para ulama'-ulama' mazhab Hanafi. Imam Maturidi sangat mendalam didalam pengajian ilmu Fiqh dan Usul Fiqh (Mazhab Hanafi) dan mendalam juga dalam sekelian ilmu-ilmu agama.
Keadaan madrasah tempat ia menamatkan pengajiannya banyak mengeluarkan para alim ulama'. Sesungguhnya tersebarlah kemasyhurannya pada ilmu kalam (tauhid) dan ramailah para pengikutnya dan jadilah mazhab Maturidi itu sebagai mazhab ikutan orang-orang ahli Khurasan. Sampailah daripada masyhurnya suara gagahnya dan kemasyhurannya hingga penduduk-penduduk Ma Wara An Nahri (seberang sungai Dajlah) merujuk mereka kepada Imam Maturidi pada segala masalah yang musykil mereka diatasnya daripada ilmu-ilmu Usul atau ilmu-ilmu Furu' (tauhid dan fiqh). Jelasnya,apabila ditanya,berikan sumber ambilan (istimdad) mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, maka jawapannya adalah pada 3 perkara utama iaitu Al Quran, Hadith dan ijtihad Imam Asya'irah dan Maturidi.

Perbahasan kedua :- Kepentingan beraqidah dengan    
                                  aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kewajipan setiap mukallaf memastikan bahawa aqidah yang dianutinya adalah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, supaya amal ibadat yang  dilaksanakan tidak sia-sia belaka dan ditolak oleh Allah SWT. Golongan manusia terbahagi kepada 4 bahagian dari sudut mu'min atau kafirnya : -

1) Mu'min disisi manusia lagi mu'min disisi Allah SWT.
2) Kafir disisi manusia juga kafir disisi Alah SWT.
3) Kafir disisi manusia tetapi mu'min disisi Allah SWT.
4) Mu'min disisi manusia tetapi kafir disisi Allah SWT(Zindik).


Zindik ialah pada zahirnya beramal dengan amalan Islam tetapi pada hatinya (aqidahnya) meyakini aqidah selain Ahli Sunnah Wal Jamaah (berfahaman mereka dengan fahaman kufur,syirik,nifaq dan najis). Impak atau kesan  yang jelas bagi mereka-mereka yang beramal tetapi tiada benar aqidahnya, mereka ini termasuk dalam golongan yang ke 4 Na'uzubillah Min Zalik.

Perbahasan ketiga :- Pecahan 73 firqah dalam aqidah.

Adapun berdasarkan hadith Nabi yang masyhur iaitu (lebih kurang melayunya) ".....terpecah umatku di atas 73 pecahan, kesemuanya didalam neraka melainkan satu pecahan jua (jamaah) yang masuk syurga......" . Menurut pensyarah hadith yang terbilang ilmunya iaitu Imam Ibnu Hajar Al Asqolani bahawa jamaah yang satu itu adalah jamaah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan yang selain daripadanya  adalah firqah-firqah yang sesat lagi kufur, yang akan menghuni neraka buat selama-lamanya.
Perlu difahami bahawa firqah yang 72 itu yang  kesemuanya kekal di dalam neraka adalah golongan-golongan manusia yang berpecah dari segi kepercayaan atau aqidah bukanlah dari segi amalan fiqhiyyah atau ibadat, malah firqah-firqah yang 72 ini kesemuanya mengamalkan dan menzahirkan amalan-amalan islam. Firqah-firqah ini adalah seperti kaum Syiah (Rafidiyyah), Khawarij, Jabariah, Qadariah, Mujassimah (Wahabiyyah) , Jahmiah dan sebagainya tidak termasuk golongan-golongan kafir yang menyembah berhala ataupun tidak mahupun Yahudi juga Nasrani.




Latihan Objektif

1) Siapa itu Jamaah Ahli Sunnah Wal Jamaah ?
    A) Wasil bin Atha'
    B) Abdullah bin Saba'
    C) Asya'irah dan Maturidiyyah
    D) Sesiapa sahaja yang menggunakan Al Quran dan Hadith

2) Siapakah yang dimaksudkan dengan firqah 72 yang 
     kekal mereka itu didalam nereka ?
    A) Mereka yang tidak melaksanakan solat
    B) Mereka yang menolak sambutan Maulid Nabi S.A.W
    C) Mereka yang tidak benar aqidahnya tetapi mereka 
         solat, puasa, zakat dan amal ibadat yang lainnya
    D) Mereka yang menyembah berhala

3) Apakah impak seseorang yang tidak benar kepercayaannya 
    atau aqidahnya ?
    A) Kafir dan kekal didalam neraka
    B) Berdosa besar dan pelaku maksiat/Bid'ah
    C) Makruh dan dibenci oleh Allah SWT dan seluruh 
         makhluknya
    D) Sesat tetapi tiada kafir

Selamat menjawab...semoga berjaya